DECRIMINALISE SUICIDE NOW

Trigger Warning: This site contains discussion and information regarding suicide and mental illness.

The number of suicide attempts and fatal suicides has drastically increased during the Covid-19 pandemic. Treating them as criminals in their most vulnerable state and threatening them with jail time is nonsensical and outrageous. It’s about time we repeal Section 309.

Cubaan Bunuh Diri Bukannya Satu Jenayah

Amaran: Laman web ini membincangkan topik bunuh diri dan penyakit mental.

Sejak pandemik Covid-19, bilangan kes bunuh diri dan cubaan bunuh diri telah meningkat secara mendadak. Mangsa yang cuba bunuh diri tidak patut dilayan sebagai penjenayah dan dihumban ke penjara. Sudah tiba masanya untuk memansuhkan Seksyen 309.

What is Section 309?


Section 309 is more commonly known as the law that criminalises suicide attempts. Attempted suicide is a crime punishable by up to a year in jail, a fine, or both. This is an archaic law that was introduced in 1936; a time where mental health and illness was not very well understood.

The Importance of Decriminalising Suicide

The rationale behind the law is that repealing the law would be seen as “legalizing suicide attempts”, hence encouraging more attempts. However, there has been no data to date that indicates this. Research has instead shown that the decriminalization of suicide has declined suicide rates. The below is a paper by Ng Yin Ping and Ravivarma Rao Panirselvam that explores the necessity to decriminalise suicide.

The videos below explains the reason why suicide is criminalised in Malaysia and the severity of Section 309 of the Penal Code. They're both less than 6 minutes, please take the time to watch them if you want to understand more regarding this issue.

stories from survivors

Trigger Warning: This section has graphic descriptions regarding suicide and mental illness, please proceed with caution.

The below are answers from a survey we conducted in June regarding suicide attempts. We want to give a big thank you to everyone who took the time to give us their stories and answers, your bravery is how we will decriminalise suicide in Malaysia.

“Were you inclined to attempt suicide during the pandemic? If so, please recount your experience. // Adakah anda terfikir untuk bunuh diri semasa pandemik? Jika ya, bagaimanakah pengalaman anda?”

“Have you been charged under Section 309 or aggressively handled by the authorities after your suicide attempt? // Pernakah anda disiasat bawah Seksyen 309 atau mengalami layanan secara agresif oleh pihak berkuasa selepas cubaan bunuh diri anda?”

“Were you provided with sufficient support from the government? Please elaborate. // Adakah anda menerima sokongan yang seharusnya daripada pihak kerajaan? Sila huraikan.”

“What support could the government have provided for mental health during the pandemic? // Apakah sokongan bagi kesihatan mental yang boleh disediakan oleh pihak kerajaan semasa pandemik ini?”

What You Can Do To Help

You can join the fight to decriminalise suicide by using your voice to pressure the government. Public pressure has worked before. Digital campaigns, petitions, and emails to MPs have power.

Hence, here are a few things you can do to fight for a Malaysia that does not criminalise those who are struggling and need help.

Besides signing the petition and sending emails, you can help by making noise about this using your social media! Talk about it on Twitter, Instagram, Facebook, Tiktok- Just keep talking about it.

If you wish to know more about this campaign, head over to our social media msolidariti.

Remember to use the hashtag #DecriminaliseSuicideNow #BunuhDiriBukanJenayah and tag prominent figures on social media, especially those who represent mental health such as Dr. Adham Baba (@DrAdhamBaba) and Rina Harun (@RinaMohdHarun).

The below will direct you to graphics which you may use to spread about this campaign.

Apakah Itu Seksyen 309?


Seksyen 309 lebih dikenali sebagai akta yang memenjarakan seseorang yang cuba bunuh diri. Cubaan bunuh diri di bawah seksyen ini adalah sebuah jenayah yang membawa hukuman penjara setahun, denda, atau kedua-duanya sekali. Ini merupakan sebuah akta kuno yang diperkenalkan pada tahun 1936; iaitu era di mana kesihatan mental dan penyakit mental kurang difahami.

Kepentingan Menyahjenayahkan Cubaan Bunuh Diri

Seksyen 309 dipercayai mampu menangani isu bunuh diri kerana menimbulkan rasa takut dalam hati sesiapa yang ingin mencuba. Namun demikian, tidak dapat sebarang data yang boleh membuktikan pernyataan tersebut. Sebaliknya, kajian telah menunjukkan bahawa kadar bunuh diri menurun apabila cubaan bunuh diri tidak lagi dikategorikan sebagai satu jenayah. Berikut merupakan kajian oleh Ng Yin Ping dan Ravivarma Rao Panirselvam yang menekankan kepentingan menyahjenayahkan cubaan bunuh diri.

Video di bawah menerangkan sebab cubaan bunuh diri merupakan satu jenayah di Malaysia dan keparahan Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Pengalaman Mangsa

Amaran Pencetus: Laman web ini mempunyai penerangan grafik mengenai topik bunuh diri dan penyakit mental.

Berikut merupakan jawapan daripada kajian mengenai pengalaman cubaan bunuh diri yang dijalankan pada Jun yang lalu. Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada individu yang sudi berkongsi pengalaman mereka dengan kami. Keberanian anda akan membawa kita selangkah lebih dekat kepada pembubaran Seksyen 309 di Malaysia.

“Were you inclined to attempt suicide during the pandemic? If so, please recount your experience. // Adakah anda terfikir untuk bunuh diri semasa pandemik? Jika ya, bagaimanakah pengalaman anda?”

“Have you been charged under Section 309 or aggressively handled by the authorities after your suicide attempt? // Pernakah anda disiasat bawah Seksyen 309 atau mengalami layanan secara agresif oleh pihak berkuasa selepas cubaan bunuh diri anda?”

“Were you provided with sufficient support from the government? Please elaborate. // Adakah anda menerima sokongan yang seharusnya daripada pihak kerajaan? Sila huraikan.”

“What support could the government have provided for mental health during the pandemic? // Apakah sokongan bagi kesihatan mental yang boleh disediakan oleh pihak kerajaan semasa pandemik ini?”

Apa Yang Boleh Anda Lakukan

Jadilah rakan seperjuangan kami dalam usaha menyahjenayahkan cubaan bunuh diri dengan bersuara sehingga pihak kerajaan terpaksa dengar. Tekanan secara kolektif ke atas golongan pemerintah didapati berkesan. Kempen digital, petisyen, dan penghantaran e-mel kepada para menteri merupakan antara kaedah terbaik untuk mewujudkan satu perubahan yang positif.

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mewujudkan sebuah negara yang berempati terhadap mereka yang memerlukan pertolongan.

Selain daripada menandatangani petisyen dan menghantar e-mel, anda juga boleh menggunakan media sosial untuk sebarkan kempen ini. Gunakanlah Twitter, Instagram, Facebook, atau Tiktok- jangan berhenti tularkan kempen ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, lawati media sosial kami.
msolidariti.

Jangan lupa untuk menggunakan #DecriminaliseSuicideNow dan #BunuhDiriBukanJenayah, dan tag menteri-menteri anda, terutamanya mereka yang mewakili jabatan kesihatan mental seperti Dr. Adham Baba (@DrAdhamBaba) dan Rina Harun (@RinaMohdHarun) di media sosial.

Berikut merupakan beberapa grafik yang boleh anda gunakan untuk menyebarkan kempen ini.

Sign the petition


Section 309 will take time to repeal, especially when the parliament has yet to convene. However, this doesn't mean that suicide attempt victims should suffer for the time being. People are already suffering to the point of taking their life, the last thing we need is to further punish them by slapping a hefty fine and jail time.

Sign this petition below to urge the AGC and Members of Parliament to impose an immediate moratorium and halt prosecutions of suicide attempt cases. It is the least the government can do now to show their support to the victims of suicide attempts if decriminalisation isn't feasible.

In August 2020, Minds First, a group of youths fighting for mental health awareness and support in Malaysia, started a petition to decriminalize suicide. This came after a man was ordered by the Majistrate Court to spend 3 months in jail if he couldn’t pay the RM 3000 fine for attempting suicide. The petition garnered over 20,000 signs as of June 2021, but not much action has been taken since.

Do your part in this fight to decriminalise suicide by signing and sharing this petition!

Tandatangan Petisyen Ini


Usaha menyahjenayahkan cubaan bunuh diri tidak dapat dicapai dalam tempoh masa yang terdekat, lebih-lebih lagi dengan penangguhan persidangan Parlimen. Namun, ini tidak bermakna bahawa mangsa cubaan bunuh diri patut menderita lagi buat masa ini. Rakyat sudahpun dalam kesusahan perit sampai ke tahap membunuh diri, maka kita tidak patut menghukum mereka lagi dengan penjaraan dan hukuman denda.

Tandatangan petisyen ini untuk mendesak AGC dan Ahli Parlimen untuk menguatkuasakan moratorium atas pendakwaan cubaan bunuh diri serta-merta. Ini merupakan paling sedikit yang kerajaan boleh buatkan sekarang untuk memberi sokongan kepada mangsa cubaan bunuh diri.

Pada Ogos 2020, Minds First, sekumpulan belia yang berhasrat meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di Malaysia, telah memulakan petisyen untuk menyahjenayahkan cubaan bunuh diri. Petisyen ini rentetan daripada kes cubaan bunuh diri di mana seorang lelaki telah dipenjarakan oleh Majistret selama 3 bulan kerana tidak mampu membayar denda RM 3000. Petisyen tersebut telah mendapat sekitar 20,000 tandatangan sehingga Jun 2021. Namun, tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan.

Mainkan peranan anda dalam menyahjenayahkan cubaan bunuh diri dengan menandatangan dan menyebarkan petisyen tersebut!

Send an EMAIL to the PM and Your MPs


MPs represent the voice of the people. It is their job to ensure that our voices and concerns are heard, and brought to the right channels for other ministers and policymakers to be aware of. Public pressure, be it through sending emails to your MPs or by calling them out on social media will bring more light to the issue and encourage others to pressure the people in power.

Hantar E-mel kepada PM dan Menteri Parlimen


Menteri mewakili suara rakyat. Mereka bertanggungjawab memastikan suara rakyat didengari dan diketengahkan semasa persidangan parlimen. Menghantar e-mel dan bersuara tegas secara kolektif adalah satu cara untuk mendapatkan perhatian para menteri. Ini akan meningkatkan kesedaran mengenai isu ini dan menggalakkan rakyat untuk memberi tekanan ke atas pihak yang bertanggungjawab agar Seksyen 309 dapat dimansuhkan.

© Untitled Corp. All rights reserved.

Pressure%20Them%20Now

Click here to Email

Email the PM and MPs here:Email Now

this%20is%20an%20important%20message